Si BuRuNg DeSa

kicauan memberi erti...

deStiNasi CheNta



" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.".....(Surah ar-Ruum: ayat 21)



Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)”... (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).



by : iStHree


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa


Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba


Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasih
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh




by : Ibu


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu


Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga



by : cHeNta


timang-timang anakku sayang
buah hati ibunda seorang
jangan menangis jangan merajuk sayang
tenanglah tenang di dalam buaian

betapakah hatikan ria
ingat kau bergurau dan ketawa
semoga jauh dari marabahaya sayang
riang gembira sepangjang masa


setiap hariku berdoa
pada Tuhan Maha Kuasa
jika kau sudah dewasa
hidupmu bahagia sentosa

timang-timang anakku sayang
kasih hati permata ibunda
tidurlah tidur pejamkan mata sayang
esok hari bermain kembali



by : BoNdaMu

DeMi wAkTu

HaRi yaNg BeRLaLu

sEpaTaH kaTa

Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?" ...

RaDiOaCtiVe

About this blog


ShoutMix chat widget
Photobucket

.:.myKoLAm.:.

"asal klik je kena makan"